Friday, July 30, 2010

Bersabarlah, Mida.


Ingatlah Allah.. He knows....


Tuhan, kuatkanlah hatiku.. Teguhkanlah hatiku.. Amiin.

Thursday, July 29, 2010

Mirai e

Lagu ini sangat bermakna buatku.... Hmm... Let's endure it.



My dreams always seems so far in the sky. I'm afraid I'll never reach it, but I'll keep chasing it. Since this is my story, I don't want to give up..




Wednesday, July 28, 2010

Cinta sejati... ?


  • Cinta sejati perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t. bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna..

  • Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman di kala sendirian.

  • Cinta abadi tidak ada syarat. Ia tidak bertambah dengan kebaikan dan tidak berkurangan dengan kesilapan yang dilakukan. Syarat tunggal adalah kepatuhan kepada Tuhan.

  • Cinta abadi tidak pernah berdendam... Maafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah, memakbulkan doa dan menarik hidayah Allah.

  • Cinta sejati sentiasa dibaluti taqwa. Kedua-dua pasangan sentiasa berdoa dan berusaha supaya tidak tewas oleh godaan syaitan dan runtuhan nafsu.

  • Cinta sejati berpegang kepada prinsip; semakin kita menyayangi diri, semakin mudah orang menyayangi kita. Bagaimana orang hendak menyayangi kita apabila kita sendiri tidak menyayangi diri?

  • Cinta yang sejati menjadikan pasangan sebagai kawan yang paling akrab.


*pedoman untuk diri ini yang penuh kekurangan...

kerana ketidaksempurnaan itu, ku tertarik pada si dia...

Pasti ada orang mempersoalkan, 'si polan itu ada kekurangan itu ini, kenapa si fulan itu tertarik (atau masih tertarik) padanya?'

Sebenarnya, apa yang kita nampak sebagai sempurna dalam diri kita yang diharapkan sebagai faktor yang bakal menjadikan orang lain tertarik dengan diri kita, tetapi sebaliknya kekurangan diri kita yang menjadi daya penarik bukannya kelebihan kita.

Kita selalu ingin menjadikan diri kita sempurna, supaya orang lain suka pada kita dengan melihat kesempurnaan kita. Namun, apa yang berlaku adalah mereka suka pada kita kerana ketidaksempurnaan kita..





Sunday, July 25, 2010

Tension? Baca ni..

14 Feb. 2009, telah pergi ke Fakulti Bahasa.. Mungkin masa tu ada 'Publishing Journal Workshop'. Waktu makan (makanan disediakan.. salah satu sebab gi workshop tu.. hehe), merayau2 lalu bilik lecturer. Terjumpalah satu poem ni...



Nasihat yang bermanfaat untuk kita apabila berdepan dengan tekanan. Tak gitu?

Nervous?

hmmm... :) Coretan dariku bermula di sini.