Showing posts with label akhlak. Show all posts
Showing posts with label akhlak. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Jurnal #3




Assalamualaikum dan salam sejahtera............ ;)

Hari nie nak buat slide presentation dan manuskrip jurnal. Rasa malas2.... Tapi kena lawan. Mesti lawan. Jia you!

Tiga nikmat Tuhan yang Maha Esa bagi kita yang dapat difikirkan hari ini:

1. Ilmu pengetahuan
2. Alat untuk menaip (komputer)
3. Internet.

Yes, internet. Harap2 saya dapat gunakan ke arah yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain, bukannya ke arah yang hiburan yang sia-sia sahaja.





Friday, November 18, 2011

Jurnal #1



Alhamdulillah syukur, nikmat. Malaysia maju rakyat selamat.

Apa? Tak cukup bersyukur?


Jurnal harian:

Tiga nikmat Allah kepada saya pada hari ini

1. Udara.
2. Sarapan pagi.
3. Kesihatan.


Alhamdulillah...



Wednesday, October 5, 2011

It's been a while

Assalamualaikum...


Dah lama blog nie tak diusik.. :)



Bersihkan hati.


"Saya selalu berasa kagum dan iri setiap kali melihat seseorang yang tidak pernah berburuk sangka kepada orang lain. Jika ia orang awam, maka ia lebih saya sukai daripada golongan terpelajar yang fikirannya penuh dengan buruk sangka kepada orang lain. Sebab orang seperti ini tentulah memiliki hati yang sangat bersih. Ia tidak akan mampu menjaga sangkaan baik sebelum memiliki hati dan jiwa yang bersih daripada sifat-sifat tercela.

Selain menikmati kejayaan dunia, ia akan mudah melalui hisab di akhirat nanti. Ini kerana Allah tidak akan menghukum seseorang kerana telah berbaik sangka, namun Allah akan menghisab dan menghukumnya kerana buruk sangkanya terhadap orang lain.

Wallahu a'lam."

-Umar Muhammad Noor



Saya setuju dengan pendapat beliau. Sucikan hati, hidup yang biasa akan lebih indah, ujian yang getir akan terasa lebih ringan, dengan izin Allah, dapat pula membuka pintu ilmu dan pintu kejayaan kerana orang yang berfikiran positif akan bersedia untuk mendengar walaupun orang itu berbeza pendapat dengannya.



Wednesday, August 3, 2011

Memuji dan dipuji - Siapa Tahu Nilaian Allah

Hadith:


Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a. katanya: "Seorang lelaki memjui orang lain berhampiran Nabi s.a.w., lalu Nabi s.a.w. berkata kepadanya: "Celaka kamu. Beerti kamu memenggal leher saudaramu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.) "Apabila seseorang memuji yang lebih berhak nilaiannya selain Allah Ta'ala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu."
(H.R. Muslim)

(Sumber: JAKIM)






Di antara fenomena umum yang kita temui dalam kehidupan harian, adalah fenomena pujian.


Secara kasarnya, pujian dapat diklasifikasikan dalam tiga bentuk:


  1. Pujian yang diucapkan untuk menjilat (bodek)
  2. Pujian yang sifatnya hanya basi-basi belaka
  3. serta pujian yang diucapkan sebagai kekaguman.




Apabila pujian itu disingkapi secara sihat dan proportional, pujian boleh menjadi perkara positif yang dapat memotivasikan kita agar terus meningkatkan diri.


Namun, kenyataannya, pujian lebih sering membuat kita lupa diri, berasa bangga, riak dan sebagainya.


Padahal Allah Subhanaahu Wa Ta'ala (s.w.t) mengingatkan dalam firmanNya:




فلا تُزَكّوا أنفسكم، هو أعلم بمن اتقى.


"Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.” (Q.S. Al-Najm: 32)





Agar dapat menyingkapi puji yang diberikan kita secara sihat, Nabi S.A.W. telah memberikan tiga langkah untuk diteladani:




Pertama


Selalu menjaga diri supaya tidak sampai terbuai oleh pujian yang dikatakan orang. Oleh kerana itu, setiap kali ada yang memuji baginda, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam (S.A.W) membalasnya dengan doa:
اللهم لاتؤاخذني بما يقولون
“Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku karena apa yang dikatakan oleh orang-orang itu.” 
(HR. Al-Bukhari)

Melalui doa ini, Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan bahawa pujian adalah perkataan orang lain yang ber'potensi' menjatuhkan kita. Ibaratnya, orang lain yang mengupas nangka, tapi kita yang kena getahnya. Orang lain yang melontarkan ucapan, tapi malah kita yang terjerumus menjadi besar kepala dan hilang kawalan. Nauzubillah...


Kedua



Sentiasa sedar hakikat pujian sebagai topeng dari sisi gelap kita yang tidak diketahui orang lain. Kerana sebenarnya, setiap manusia pasti memiliki sisi gelap. Dan ketika ada seseorang yang memuji kita, maka itu lebih kerana faktor ketidaktahuan dia akan' belang' serta sisi gelap kita.

Oleh sebab itu, langkah Nabi S.A.W dalam menanggapi pujian adalah dengan berdoa:



واغفرلي ما لايعلمون
“Dan ampunilah aku dari apa yang tidak mereka ketahui (dari diriku)”. 
(HR. Al-Bukhari)


Ketiga



Kalaupun sisi baik yang dikatakan orang lain tentang kita adalah benar, Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan kita agar memohon kepada Allah S.W.T untuk dijadikan lebih baik dari apa yang nampak di mata orang lain. Maka kalau mendengar pujian seperti ini, Nabi S.A.W kemudian berdoa:

واجعلْني خيرا ممّا يظنّون
“Dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka kira”. 
(HR. Al-Bukhari)




Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan seharian beliau juga memberikan contoh, bagaimana memberi pujian yang baik.


Ada beberapa teladan yang dapat diambil contoh dari kehidupan Nabi S.A.W., iaitu di antaranya:




Pertama


 Nabi S.A.W. tidak memuji di hadapan orang yang bersangkutan (yang ingin dipuji) secara langsung, tapi di depan orang-orang lain dengan tujuan memberi motivasi mereka.

Contohnya,suatu hari, seorang Badwi yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahwa Islam adalah shalat lima waktu, puasa, dan zakat. Maka orang Badwi itupun berjanji untuk menjalankan ketiga-tiganya dengan konsisten, tanpa menambahi atau menguranginya.

Setelah si Badwi pergi, Nabi S.A.W memujinya di hadapan para sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melaksanakan janjinya tadi.” Setelah itu beliau menambahi, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni surga, maka lihatlah orang (Badwi) tadi.” 



(HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari Thalhah ra.)

Kedua



Nabi S.A.W. lebih sering melontarkan pujian dalan bentuk doa.

Contohnya,ketika melihat minat dan ketekunan Ibn Abbas R.A dalam mendalami tafsir Al-Qur’an, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tidak serta merta memujinya. Beliau lebih memilih untuk mendoakan Ibn Abbas radhiyallahu 'anhu (r.a.):


اللهم فقّهْه في الدين وعلّمْه التأويل
“Ya Allah, jadikanlah dia ahli dalam ilmu agama dan ajarilah dia ilmu tafsir (Al-Qur’an).” 
(HR. Al-Hakim, dari Sa’id bin Jubair)



Contoh lain, sewaktu Nabi S.A.W. melihat ketekunan Abu Hurairah R.A dalam mengumpulkan hadith dan menghafalnya, beliau lantas berdoa agar Abu Hurairah R.A dikurniakan kemampuan untuk tidak lupa apa yang pernah dihafalnya. Doa inilah yang kemudian dikabulkan oleh Allah S.W.T dan menjadikan Abu Hurairah R.A sebagai sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith.

Pujian yang dilontarkan orang lain terhadap diri kita, merupakan salah satu tentangan berat yang dapat merosak keperibadian kita. Pujian dapat membunuh keperibadian seseorang, tanpa disedari. Oleh kerana itu, ketika seorang sahabat memuji sahabat yang lain secara langsung, Nabi S.A.W menegurnya:

قطعت عنق صاحبك
“Kamu telah memenggal leher temanmu.” 
(HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Bakar ra.)





Selari dengan hadith tersebut, Ali R.A berkata dalam ungkapan hikmahnya yang sangat masyhur, 


“Kalau ada yang memuji kamu di hadapanmu, akan lebih baik bila kamu melumuri mulutnya dengan debu, daripada kamu terbuai oleh pujiannya.”


Namun ketika pujian sudah menjadi fenomena umum di tengah-tengah masyarakat kita, maka amat mustahil kita 'melarang', 'menegah' mereka yang ingin memuji.

Apa yang paling penting adalah bagaimana menghadapi setiap pujian secara sihat agar tidak sampai lupa daratan dan hilang kawalan; menghargai setiap pujian hanya sebagai topeng dari sisi gelap kita yang tidak diketahui orang lain; serta terus berdoa kepada Allah S.W.T agar dijadikan lebih baik dari apa yang kelihatan di mata orang.




Walaupun perlu memuji seseorang, pujian boleh diberi secara sihat. Tambahan pula, memuji tidak semestinya melalui kata-kata, tapi lebih bererti bila diekspresikan melalui sokongan dan doa. Sehingga dengan demikian, kita tidak sampai menjerumuskan orang yang kita puji.




Dan sesungguhnya, kembalikanlah semua pujian kepada yang paling layak ke atas semua pujian, iaitu Allah S.W.T.












credit:


 Bengkel Roh
 shoair.deviantart.com

Thursday, July 7, 2011

Mutiara Kata - SABAR.







Sabar itu pahit rasanya akan tetapi akibatnya lebih manis dari madu. 



Bersabarlah wahai hati.
Bersabar pada segalanya yang menimpa diri ini, baik berat mahupun yang ringan.
Bersabarlah, wahai hati.



Wednesday, June 15, 2011

Lapar Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum wbt.




Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir r.a., dia berkata:

"Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu kamu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad s.a.w. hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"


Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya bahawa:

"Pada suatu ketika Umar r.a. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya."


Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah r.a. dia berkata:

"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya, 'Ya Rasulullah s.a.w! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis melihat beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban di hari akhirat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.'  (Kanzul Umal 4:41)


Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.h.a. dia berkata:

"Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah Rasulullah s.a.w. tidak pernah berasap.' Berkata Urwah r.a.: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab aisyah r.h.a: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah s.a.w. dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan.'" (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)



Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya:

"Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.h.a. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.h.a. menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah s.a.w. meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari.'" (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)


Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah r.a. katanya:

"Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah s.a.w. maka beliau pun memakannya. selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu.'" (At-Targhib Wat-Tarhib 5-149)


Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah r.a. katanya:

"Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan pada Rasulullah s.a.w. lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah s.a.w. pun mengangkat kainnya, lalu kami melihat perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)


Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.h.a dia berkata:

"Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada umat ini selepas pemergian Nabi s.a.w. ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelala syahwatnya!' (At-Targhib Wat-Tarhib 3: 420)


Sumber: Tazkirah iluvislam.com

About the author of At-Targhib Wat-Tarhib:

Abdu-l-Adhim bin Abdu-L-Qawi bin Abdullah al-Mundhiri, Zaki-u-Din, Abu Muhammad ash-Shafi, the Hadith Master, the researching scholar (Muhaqqiq), the Allamah and one of the masters in hadith, Arabic language and history. 
Born in Egypt in Syaaban 581H (of Syrian Origin) and died in the year 656H.





Muhasabah diri:

1. Saat kita merungut tidak cukup makanan atau tidak menghargai makanan yang kita dapat, ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah berasa kenyang 2 kali sehari oleh daging atau roti.

2. Percayalah, lapar mampu menguatkan hati dan menumbangkan syahwat...

3. Ingatlah, penghisaban yang berat pada hari akhirat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya dalam kehidupan dunia ini. 





Thursday, March 10, 2011

Panduan tidak sombong

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)kepada manusia,dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri." (Luqman, ayat 18)




Beberapa panduan daripada Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui...

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat akan kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.






-Jernihkan hati, bersihkan jiwa-


Meyda