Thursday, September 23, 2010

Berzikir dengan Asma'ul Husna. (1)

Alhamdulillah, sumber kewangan berlipat ganda. Gunakan dengan bijak dan berhikmah, Mida.

Buat excel lah macam nie. Teringat pada seseorang..si dia buat excel untuk merancang perbelanjaan, jadi timbul nak buat sendiri punya, setelah sekian lama rancang dalam fikiran sahaja..


Sesuatu yang ingin kukongsi dengan kalian...

Zikirlah dengan Asma'ul Husna (nama-nama yang indah).


"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik(yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu..."

Surah Al-A'raf (7), ayat 180



Bahawasanya Allah s.w.t. ada 99 nama. Sesungguhnya, setiap nama dalam Ama'ul Husna terdapat makna yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia.


Percayalah, Allah s.w.t. akan mengabulkan keinginan seorang hamba yang berdoa sambil menyebut namaNya sesuai dengan makna yang terkandung di dalam nama tersebut...
InsyaAllah.




p/s: Ingatan untuk diri ini dan kita bersama.

Tuesday, September 21, 2010

Alhamdulillah...

Diri ini mudah sangat menjadi alpa....

Kedukaan ini ada agar tidak alpa.

Agar sentiasa ingat pada Tuhan.

Agar kita bertaqwa...




Monday, September 20, 2010

Tebal, nipis, tajam, lembut, ringan, berat, halus, luas dan manis.


Jadikanlah yang tebal itu iman,

yang nipis itu lidah,

yang tajam itu akal,

yang lembut itu hati,

yang ringan itu solat,

yang berat itu pahala,

yang halus itu suara,

yang luas itu ilmu,

dan yang manis itu senyuman.





Ameen... Ameen Ya Allah, Ya Rahman, Raheem.. Ya Ghaffar.. Ya Qadhial Hajat...

Saturday, September 18, 2010

Keputusan ini.

Rinduku pada sesuatu kian tersemai hari demi hari.. Terasa terlalu kerdil tetapi Allah sebaik-baik penolong...

Keputusan ini adalah nekad dariku... Semoga Tuhan mempermudahkan laluan yang menjadi pilihanku ini... InsyaAllah...


-Hidup ini adalah ujian membuat pilihan-

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri... 1431H, 2010M

Semoga dipertemukan lagi dengan ramadhan yang seterusnya. InsyaAllah..


Berpuasalah, agar bertaqwa.



Adakah aku menjadi seorang insan yang benar2 bertaqwa? Tepuk dada tanya iman...





Di sini, ku ade listkan perkara2 yang perlu dibuat:


1. Tinggalkan perkara2 lagho sebanyak mana yang boleh.

Ganti dengan beristighfar. Berzikir... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


2. Committed pada setiap tugas/keje yang diberikan.
Berusaha untuk jadi orang bertanggungjawab. Taknak lagi buat keje last minute.


3. Berdoa banyak2.

Apa yang kudoakan, sebahagiannya biarlah rahsia antara Tuhan yang Maha Mengetahui
dengan diri ini sahaja. Sesungguhnya hidup adalah ujian untuk membuat pilihan.
Dan ku memilih jalan ini...
Sabar jua adalah jalan keluar bagi orang yang tak bisa menemukan jalan keluar.
-Amik dari fb Aimi.


4. Hafal surah Al-Kahfi ayat 1-10.

Bulan ramadhan yang lepas, masih tak hafal habis lagi. Takpe, teruskan usaha.




Ya Allah, Ya Rahmaan, Ya Rahiim... Ya Ghaffar, Ya Qadhial Hajat...

Lindungilah aku dari fitnah2 Dajjal...