Saturday, June 18, 2011

Chess..... MASUM 2011

Assalamualaikum..

Catur di KOSASS 26-29 Jun 2011. I have to train my skills in a very very short period. I wish to finish my simple report, but... Ok, I'll try my best to do all jobs.



Yes, chess is a JOB now. I feel hurt every time I get involve with chess.  Since...
It's like putting a fine blade into my heart.
It's like getting a vaporized acid in my chest all the time.













However, I choose to face them. It's just because of LOVE.
God, only God can help me to face them.



................................

Wednesday, June 15, 2011

Erti Bahagia.

Segmen mencari erti bahagia dari hati.. oleh Angah 






Bahagia adalah apabila hati mampu tersenyum di saat melewati setiap ranjau dan duri sepanjang liku-liku kehidupan ini.  Perasaan yang benar-benar bahagia mampu dialami ketika penderitaan menjadi kekayaan. Bahagia adalah apabila dapat merasakan bahawa Allah s.w.t. Maha Mendengar… dan Maha Melihat… ketika kita memanjatkan doa dan memohon keampunan kepadaNya. Hidup untuk akhirat adalah bahagia. Hidup keranaNya adalah bahagia. Ini adalah kebahagiaan abadi yang kucari….iaitu di sisiNya.
Insan yang menaip nukilan ini masih ingat akan pernyataan bahawa satu peratus kasih sayang dari Tuhan yang Maha Esa adalah diturunkan ke dalam hati makhluk-makhlukNya. Daripada satu peratus itulah, seorang ibu sanggup menyabung nyawa untuk melahirkan anaknya… sanggup bersabar selama 9 bulan menjaga anak dalam kandungannya. Ini adalah kerana rasa bahagia atas nikmat Tuhan yang diberikan padanya. Mencari keredhaan ibu bapa juga adalah mencari keredhaan Tuhan yang menguasai segala isi langit dan bumi. Tidaklah seseorang itu merasakan indahnya kebahagiaan melainkan dengan izin Allah jua.
Bahagia atas penderitaan orang yang dianiayainya cumalah kebahagiaan sementara sahaja. Namun, orang yang dianiayai yang mampu memaafkan orang itu akan disayangi Ilahi dan memperolehi kebahagiaan pada akhirnya. Ingatkah kamu pada kalimat ini: ‘La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Maa3na. Jangan takut dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.’
Bahagia yang abadi... ialah bahagia di sisi Tuhan.









Lapar Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum wbt.




Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir r.a., dia berkata:

"Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu kamu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad s.a.w. hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"


Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya bahawa:

"Pada suatu ketika Umar r.a. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya."


Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah r.a. dia berkata:

"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya, 'Ya Rasulullah s.a.w! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis melihat beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban di hari akhirat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.'  (Kanzul Umal 4:41)


Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.h.a. dia berkata:

"Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah Rasulullah s.a.w. tidak pernah berasap.' Berkata Urwah r.a.: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab aisyah r.h.a: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah s.a.w. dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan.'" (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)



Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya:

"Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.h.a. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.h.a. menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah s.a.w. meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari.'" (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)


Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah r.a. katanya:

"Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah s.a.w. maka beliau pun memakannya. selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu.'" (At-Targhib Wat-Tarhib 5-149)


Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah r.a. katanya:

"Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan pada Rasulullah s.a.w. lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah s.a.w. pun mengangkat kainnya, lalu kami melihat perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)


Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.h.a dia berkata:

"Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada umat ini selepas pemergian Nabi s.a.w. ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelala syahwatnya!' (At-Targhib Wat-Tarhib 3: 420)


Sumber: Tazkirah iluvislam.com

About the author of At-Targhib Wat-Tarhib:

Abdu-l-Adhim bin Abdu-L-Qawi bin Abdullah al-Mundhiri, Zaki-u-Din, Abu Muhammad ash-Shafi, the Hadith Master, the researching scholar (Muhaqqiq), the Allamah and one of the masters in hadith, Arabic language and history. 
Born in Egypt in Syaaban 581H (of Syrian Origin) and died in the year 656H.





Muhasabah diri:

1. Saat kita merungut tidak cukup makanan atau tidak menghargai makanan yang kita dapat, ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah berasa kenyang 2 kali sehari oleh daging atau roti.

2. Percayalah, lapar mampu menguatkan hati dan menumbangkan syahwat...

3. Ingatlah, penghisaban yang berat pada hari akhirat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya dalam kehidupan dunia ini.