Monday, September 20, 2010

Tebal, nipis, tajam, lembut, ringan, berat, halus, luas dan manis.


Jadikanlah yang tebal itu iman,

yang nipis itu lidah,

yang tajam itu akal,

yang lembut itu hati,

yang ringan itu solat,

yang berat itu pahala,

yang halus itu suara,

yang luas itu ilmu,

dan yang manis itu senyuman.





Ameen... Ameen Ya Allah, Ya Rahman, Raheem.. Ya Ghaffar.. Ya Qadhial Hajat...

Saturday, September 18, 2010

Keputusan ini.

Rinduku pada sesuatu kian tersemai hari demi hari.. Terasa terlalu kerdil tetapi Allah sebaik-baik penolong...

Keputusan ini adalah nekad dariku... Semoga Tuhan mempermudahkan laluan yang menjadi pilihanku ini... InsyaAllah...


-Hidup ini adalah ujian membuat pilihan-

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri... 1431H, 2010M

Semoga dipertemukan lagi dengan ramadhan yang seterusnya. InsyaAllah..


Berpuasalah, agar bertaqwa.



Adakah aku menjadi seorang insan yang benar2 bertaqwa? Tepuk dada tanya iman...





Di sini, ku ade listkan perkara2 yang perlu dibuat:


1. Tinggalkan perkara2 lagho sebanyak mana yang boleh.

Ganti dengan beristighfar. Berzikir... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


2. Committed pada setiap tugas/keje yang diberikan.
Berusaha untuk jadi orang bertanggungjawab. Taknak lagi buat keje last minute.


3. Berdoa banyak2.

Apa yang kudoakan, sebahagiannya biarlah rahsia antara Tuhan yang Maha Mengetahui
dengan diri ini sahaja. Sesungguhnya hidup adalah ujian untuk membuat pilihan.
Dan ku memilih jalan ini...
Sabar jua adalah jalan keluar bagi orang yang tak bisa menemukan jalan keluar.
-Amik dari fb Aimi.


4. Hafal surah Al-Kahfi ayat 1-10.

Bulan ramadhan yang lepas, masih tak hafal habis lagi. Takpe, teruskan usaha.




Ya Allah, Ya Rahmaan, Ya Rahiim... Ya Ghaffar, Ya Qadhial Hajat...

Lindungilah aku dari fitnah2 Dajjal...