Tuesday, December 28, 2010

Bulan Muharram & Tahun Baru Kalendar Gregory

Mida: 'Gajah terbang dengan ape?'

Agnes: 'Dengan belalai?'

Mida: 'Tak, dengan susah-payahnya.'


Hehe.. masih ingat dialog ni masa belajar final year. Teka-teki ni dah lama, tapi tak dapat jangka yang Agnes akan ketawa besar masa tu...



'..dengan susah-payahnya.'


Bukan senang nak berpuasa sunat kalau tak biasa dan selalu buat. Tapi tak mustahil... 10 Muharram 1432 dah pun berlalu. Masih ada baki hari dalam Muharram tahun ini. Ayuh, Mida!

Dipetik dari website tazkirah (kat facebook, cari profile Tazkirah):


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama sesudah puasa bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

------------------------------------------------------------------------------------------------


New year... apabila ku terbaca tazkirah hari nie, baru tahu sejarah Gregorian Calendar (kat wikipedia ada sejarah nie). Fahamilah ayat ini.


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka". (Al-Baqarah: 120).




Monday, December 27, 2010

GACC 2010... A Memorable Moment.

I'm sorry, dear team mates... but I'm thankful to Allah s.w.t. for this feeling. Such a good feeling to be with them again.

Chess.. is all about the idea of calculating. How good you calculate/arrange the strategy to achieve short/long term objective.

Sebenarnya, dah hampir putus asa nak main chess GACC kat UM. Tapi bila tengok Ezu semangat tanpa henti nak hantar team UPM main chess kat situ, mcm mane dier pujuk cari orang masuk team.... Tqvm, Ezu.

Adrian pun byk bagi semangat. I will not waste your effort. I'll train harder & smarter. Thank you.

Ting pun... Thanks Ting.

Nadia pun sama... Thank you, Nadia.

Team mate: Adrian, Ting, Nadia, Leong, Zafran, Ezu...

Nisa pun datang tengok melawat. Rasa senang hati juge...

Jia you, UPM team.





Thank you, Alin, my dear rumate.


I'll make doa for all of you. Including all people I care.

----------------------------------------------------------------------------------------------

.....................................................

Sah Rah-ng, Mida. I'm sorry. Terbubuh baja awal seminggu....

Wahai hati...
Sabarlah. Dia Maha Mengetahui.
Be strong. Bangkit kembali walau berapa kali pun kau jatuh.




Meyda


Tuesday, November 30, 2010

A message.

Introducing my baby bonsai... :o

baru je keluar dari bungkusan...



satu bernama Sah Rah-ng, satu lagi namanye Mida.
*Saje tag supaya ingat bila masanya taruk baja.


Something to share, Mida? Hmm... Nope.

belajar, belajar, dan belajar.... dan amalkan.



Meyda

Monday, November 22, 2010

Mampukah aku?

Mampu. Pasti mampu, insyaAllah.

Melayan lara lagi? Honestly, I do. Tapi bila dengar ayat Quran terutama surah Yasin, hati jadi tenang.

Remaining tasks:

editing*****

learning, learning, and learning

with patience and faith.


Wednesday, November 3, 2010

Feelings in an Island?

Hmm.. Honestly, this article which written by Mr Mior Azli in iluvislam.com has touched my heart... deeply. How to understand how GREAT love is?


Once upon a time there was an island where all the feelings lived; happiness, sadness, knowledge, and all the others, including love.
One day it was announced to all of the feelings that the island was going to sink to the bottom of the ocean. So all the feelings prepared their boats to leave. Love was the only one that stayed. She wanted to preserve the island paradise until the last possible moment. When the island was almost totally under, Love decided it was time to leave. She began looking for someone to ask for help.
Just then Richness was passing by in a grand boat. Love asked, "Richness, can I come with you on your boat?" Richness answered, " I'm sorry, but there is a lot of silver and gold on my boat and there would be no room for you anywhere."
Then Love decided to ask Vanity (megah diri) for help who was passing in a beautiful vessel. Love cried out, "Vanity, help me please." "I can't help you", Vanity said, "You are all wet and will damage my beautiful boat."
Next, Love saw Sadness passing by. Love said, "Sadness, please let me go with you." Sadness answered, "Love, I'm sorry, but, I just need to be alone now."
Then, Love saw Happiness. Love cried out, "Happiness, please take me with you." But Happiness was so overjoyed that he didn't hear Love calling to him. Love began to cry.
Then, she heard a voice say, "Come Love, I will take you with me." It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that she forgot to ask the elder his name. When they arrived on land the elder went on his way. Love realized how much she owed the elder.
Love then found Knowledge and asked, "Who was it that helped me?" "It was Time", Knowledge answered. "But why did Time help me when no one else would?", Love asked. Knowledge smiled and with deep wisdom and sincerity, answered, "Because only Time is capable of understanding how great Love is."

It's Time who capable of understanding how great Love is..........

Thursday, September 23, 2010

Berzikir dengan Asma'ul Husna. (1)

Alhamdulillah, sumber kewangan berlipat ganda. Gunakan dengan bijak dan berhikmah, Mida.

Buat excel lah macam nie. Teringat pada seseorang..si dia buat excel untuk merancang perbelanjaan, jadi timbul nak buat sendiri punya, setelah sekian lama rancang dalam fikiran sahaja..


Sesuatu yang ingin kukongsi dengan kalian...

Zikirlah dengan Asma'ul Husna (nama-nama yang indah).


"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik(yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu..."

Surah Al-A'raf (7), ayat 180



Bahawasanya Allah s.w.t. ada 99 nama. Sesungguhnya, setiap nama dalam Ama'ul Husna terdapat makna yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia.


Percayalah, Allah s.w.t. akan mengabulkan keinginan seorang hamba yang berdoa sambil menyebut namaNya sesuai dengan makna yang terkandung di dalam nama tersebut...
InsyaAllah.




p/s: Ingatan untuk diri ini dan kita bersama.

Tuesday, September 21, 2010

Alhamdulillah...

Diri ini mudah sangat menjadi alpa....

Kedukaan ini ada agar tidak alpa.

Agar sentiasa ingat pada Tuhan.

Agar kita bertaqwa...




Monday, September 20, 2010

Tebal, nipis, tajam, lembut, ringan, berat, halus, luas dan manis.


Jadikanlah yang tebal itu iman,

yang nipis itu lidah,

yang tajam itu akal,

yang lembut itu hati,

yang ringan itu solat,

yang berat itu pahala,

yang halus itu suara,

yang luas itu ilmu,

dan yang manis itu senyuman.





Ameen... Ameen Ya Allah, Ya Rahman, Raheem.. Ya Ghaffar.. Ya Qadhial Hajat...

Saturday, September 18, 2010

Keputusan ini.

Rinduku pada sesuatu kian tersemai hari demi hari.. Terasa terlalu kerdil tetapi Allah sebaik-baik penolong...

Keputusan ini adalah nekad dariku... Semoga Tuhan mempermudahkan laluan yang menjadi pilihanku ini... InsyaAllah...


-Hidup ini adalah ujian membuat pilihan-

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri... 1431H, 2010M

Semoga dipertemukan lagi dengan ramadhan yang seterusnya. InsyaAllah..


Berpuasalah, agar bertaqwa.



Adakah aku menjadi seorang insan yang benar2 bertaqwa? Tepuk dada tanya iman...





Di sini, ku ade listkan perkara2 yang perlu dibuat:


1. Tinggalkan perkara2 lagho sebanyak mana yang boleh.

Ganti dengan beristighfar. Berzikir... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


2. Committed pada setiap tugas/keje yang diberikan.
Berusaha untuk jadi orang bertanggungjawab. Taknak lagi buat keje last minute.


3. Berdoa banyak2.

Apa yang kudoakan, sebahagiannya biarlah rahsia antara Tuhan yang Maha Mengetahui
dengan diri ini sahaja. Sesungguhnya hidup adalah ujian untuk membuat pilihan.
Dan ku memilih jalan ini...
Sabar jua adalah jalan keluar bagi orang yang tak bisa menemukan jalan keluar.
-Amik dari fb Aimi.


4. Hafal surah Al-Kahfi ayat 1-10.

Bulan ramadhan yang lepas, masih tak hafal habis lagi. Takpe, teruskan usaha.




Ya Allah, Ya Rahmaan, Ya Rahiim... Ya Ghaffar, Ya Qadhial Hajat...

Lindungilah aku dari fitnah2 Dajjal...


Tuesday, August 31, 2010

Mengingati mati.....

Mengingati mati itu tak salah. Namun biarlah dengan mengingati mati itu, kita menjadi insan yang bertaqwa. Bukan menjadi seorang yang patah semangat atau putus asa untuk mendapatkan kebaikan di dunia. Sehinggakan endah tak endah berusaha pada sesuatu perkara.

Bukankah Tuhan tak suka orang yang berputus asa?



Sedikit kata-kata hikmah yang boleh kita ambil sebagai pedoman bersama:

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan melupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana... mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi adalah awal cerita yang sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan.



Friday, August 20, 2010

Cinta.

Ku tertarik dengan dengan pesanan dari 1 artikel tentang... couple.
Ini adalah sebahagian dari artikel tersebut (kredit to LangitIlahi.com)

"Kita balik melihat hati kita. Sebenarnya, bila bercouple(istilah lain, berhubungan bebas, berhubungan tak ikut syara’) kita rasa seronok dan best. Layan la kononnya. Tetapi, sebenarnya kemanisan ini dihias-hias oleh syaitan.

ALLAH SWT berfirman apabila Hud-Hud menceritakan kesesatan Kaum Saba’ bawah pimpinan Balqis,

“ Aku(burung hud-hud) dapati dia(Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada ALLAH, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk itu, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk” (Surah An-Naml ayat 27)

Syaitan, bila dia mendapat peluang menyesatkan manusia, maka dia akan berusaha biar manusia tu tidak dapat kembali kepada jalan yang sebenarnya. Cinta memang indah, tetapi sebenarnya cinta ini akan menjadi cacat bila di luar batasan syara’. Namun kecacatan itu diperindahkan oleh syaitan agar kita melihatnya cantik, lalu sukar untuk merasa bencin kepada kecacatan itu, malah tambah rapat dengannya. Akhirnya, sukar kita hendak meninggalkan keburukan itu dalam kehidupan kita.

Di sini, saya mengajak junior saya tadi bermuhasabah kembali apakah makna cinta. Ramai couple, walaupun menyedari couple itu diharamkan oleh ISLAM, masih lagi meneruskannya kerana kononnya mereka sudah saling cinta mencintai.

Ya, tidak salah mencinta. Saya juga bercinta. Tetapi apakah cinta? Bukankah cinta ini adalah kasih sayang. Tetapi, apakah kasih sayang, jika kita menghumbankan pasangan kita ke neraka? Menghumbankan pasangan kita ke neraka? Bagaimana? Ya la, anda bercouple, ISLAM larang, ALLAH marah, di pehitungan nanti anda akan dihisab, dan couple anda ini menjadi penghalang untuk anda masuk ke syurga lalu dilempar ke neraka. Bukankah anda telah melemparkan diri anda dan pasangan anda ke neraka? Adakah itu yang anda katakan sayang?

Inilah sayang yang syaitan tipukan anda. Saya nyatakan, jika begitulah akhirnya ‘sayang’ anda, maka itu bukan sayang sebenarnya. Jika benar sayang, kita akan hanya ingin yang terbaik sahaja untuk pasangan kita. Bukan sahaja baik di dunia, tetapi di akhirat sana. Kita mahu, sayang kita ini bukan setakat di dunia sahaja kekalnya, tetapi sampai di akhirat bertahannya ia.

Jadi ada apa dengan couple? Anda pegang tangan anda berdosa, anda bercakap berjiwang-jiwang anda berdosa, anda berpandang-pandangan anda berdosa, anda keluar berdua-duaan anda berdosa. Apa yang anda bahagianya? Hanya hawa indah jiwang jutaan karat sahaja, yang mana hawa itu akan luput dimamah usia dan zaman. Bila berkahwin, keluarga pecah berai.

Kan bagus jika anda ambil masa ini, mentarbiyyah diri, melengkapkan jiwa, mendidik hati, kemudian lamarlah pasangan anda dalam keadaan bersedia jasad dan rohani, seterusnya berjiwanglah anda habis-habisan, kucuplah dahi pasangan anda sehabis cinta, pegang eratlah tangan dia dengan penuh sayang di dalam jiwa, peluk eratlah pinggang dia dengan kasih setingginya, dan setiap perbuatan anda dengan isteri anda ketika itu, membuahkan pahala."


lagi isinya...


"Cinta dan sayang kerana ALLAH. Ikuti perintahNya, tabah melalui ujianNya, dan rasailah kenikmatan dan ganjaranNya.

ALLAH juga cintakan kita.

Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,

“ Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan cepat”

Nah… Couple? Mari tukar kepada hubungan yang lebih istimewa dan halal malah mendapat pahala. Kita tangguh dulu kisah cinta kita sekarang ini, kita perbaiki diri, permantapkan rohani, kemudian kita sambung kembali pertalian ini dengan ikatan yang lebih bersih. Dengan cinta yang sebenar-benar cinta. Biar berbahagia hingga akhirat sana.

Jom."


Fikir-fikirkan.. sedalam-sedalamnya.

p/s: ku bermuhasabah diri.



Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan oh Ramadhan...

Dengan peluang yang besar dalam bulan Ramadhan ini, ku ingin mencari cinta dari Tuhan. Cinta abadi yang sebenar-benarnya.


Tuhan, tetapkanlah hatiku padaMu. Ya Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Thursday, August 5, 2010

Bangkit berusaha.

Jia you, Mida! Don't quit! Never give up. Take a deep breath...


Syukur pada Tuhan, saya masih dapat bernafas di sini.

Wednesday, August 4, 2010

Ada 4 jenis ujian yang diturunkan Allah kepada kita....

Salah satunya adalah musibah.


Kepada sesiapa yang sedang membaca, apabila berlaku musibah, bacalah ini:

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.....




p.s.: Bersabarlah, Mida. Sabarlah banyak2...



Tuesday, August 3, 2010

jumpe poem ni ketika hati terasa berat.

When I was alone, reading a book entitled The Chicken Soup for the Soul.
Masa tu aku berumur 18 tahun...

words of inspiration.


Don't Quit

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must, but don't you quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow--
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out--
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit--
It's when things seem worst that you must not quit.

~Author unknown~

Sunday, August 1, 2010

Allah Maha Mengetahui apa yang engkau sembunyikan dalam hati.


Jatuh menjadi serpihan. Bertaburan, berselerak.
Runtuh.
Hilang di tempat yang sangat asing.
Mempunyai cinta yang bersulamkan luka. Parah.
Tak dapat dilihat.
Hati.


Tiada apa yang harus kukatakan lagi. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang sebenar2nya dirasakan dalam isi hatiku, dan apa yang tersirat dalam isi hati dia.


Allah knows.


Friday, July 30, 2010

Bersabarlah, Mida.


Ingatlah Allah.. He knows....


Tuhan, kuatkanlah hatiku.. Teguhkanlah hatiku.. Amiin.

Thursday, July 29, 2010

Mirai e

Lagu ini sangat bermakna buatku.... Hmm... Let's endure it.



My dreams always seems so far in the sky. I'm afraid I'll never reach it, but I'll keep chasing it. Since this is my story, I don't want to give up..




Wednesday, July 28, 2010

Cinta sejati... ?


  • Cinta sejati perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t. bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna..

  • Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman di kala sendirian.

  • Cinta abadi tidak ada syarat. Ia tidak bertambah dengan kebaikan dan tidak berkurangan dengan kesilapan yang dilakukan. Syarat tunggal adalah kepatuhan kepada Tuhan.

  • Cinta abadi tidak pernah berdendam... Maafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah, memakbulkan doa dan menarik hidayah Allah.

  • Cinta sejati sentiasa dibaluti taqwa. Kedua-dua pasangan sentiasa berdoa dan berusaha supaya tidak tewas oleh godaan syaitan dan runtuhan nafsu.

  • Cinta sejati berpegang kepada prinsip; semakin kita menyayangi diri, semakin mudah orang menyayangi kita. Bagaimana orang hendak menyayangi kita apabila kita sendiri tidak menyayangi diri?

  • Cinta yang sejati menjadikan pasangan sebagai kawan yang paling akrab.


*pedoman untuk diri ini yang penuh kekurangan...

kerana ketidaksempurnaan itu, ku tertarik pada si dia...

Pasti ada orang mempersoalkan, 'si polan itu ada kekurangan itu ini, kenapa si fulan itu tertarik (atau masih tertarik) padanya?'

Sebenarnya, apa yang kita nampak sebagai sempurna dalam diri kita yang diharapkan sebagai faktor yang bakal menjadikan orang lain tertarik dengan diri kita, tetapi sebaliknya kekurangan diri kita yang menjadi daya penarik bukannya kelebihan kita.

Kita selalu ingin menjadikan diri kita sempurna, supaya orang lain suka pada kita dengan melihat kesempurnaan kita. Namun, apa yang berlaku adalah mereka suka pada kita kerana ketidaksempurnaan kita..





Sunday, July 25, 2010

Tension? Baca ni..

14 Feb. 2009, telah pergi ke Fakulti Bahasa.. Mungkin masa tu ada 'Publishing Journal Workshop'. Waktu makan (makanan disediakan.. salah satu sebab gi workshop tu.. hehe), merayau2 lalu bilik lecturer. Terjumpalah satu poem ni...



Nasihat yang bermanfaat untuk kita apabila berdepan dengan tekanan. Tak gitu?

Nervous?

hmmm... :) Coretan dariku bermula di sini.