Tuesday, August 31, 2010

Mengingati mati.....

Mengingati mati itu tak salah. Namun biarlah dengan mengingati mati itu, kita menjadi insan yang bertaqwa. Bukan menjadi seorang yang patah semangat atau putus asa untuk mendapatkan kebaikan di dunia. Sehinggakan endah tak endah berusaha pada sesuatu perkara.

Bukankah Tuhan tak suka orang yang berputus asa?



Sedikit kata-kata hikmah yang boleh kita ambil sebagai pedoman bersama:

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan melupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana... mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi adalah awal cerita yang sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan.



0 expressions: