Thursday, March 10, 2011

Panduan tidak sombong

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)kepada manusia,dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri." (Luqman, ayat 18)




Beberapa panduan daripada Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui...

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat akan kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.






-Jernihkan hati, bersihkan jiwa-


Meyda

2 expressions:

Unknown said...

bila kita naik basikal..jgn pandng org yang naik motor...sebaliknya...mrk yg berjln kaki..insya Allah kita xkan rasa sombong =)

eh...betul kan :p

Meyda said...

betul. :))