Friday, May 6, 2011

Mengurus Nyawa.

Assalamualaikum warahmatullah...




Preface.





'Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.'


Setiap orang ada masalah/konflik atau musibah yang dihadapi. Tidak terkecuali juga diri ini... Ada yang sedang bersedih, menderita.. ada yang bergembira, bersuka ria, dan ada juga yang neutral pada masa ini. Semua itu adalah ujian hidup, bagaimana kita bertindak apabila menerima ujian tersebut. 

Mengeluh, bersangka buruk, berdendam, memberi alasan untuk tidak menyelesaikan masalah... elakkan berbuat begini. Tiada manfaat melainkan hati dalam dada semakin 'sakit' dan buta. 

Demi mengurus nyawa, saya juga sedang berusaha memperbaiki diri, bermuhasabah diri, kurangkan mengeluh, elakkan berdendam... Ingat Tuhan yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam, dengan lebih kerap...





'Hanya di mata hati, hitam ataupun putih'. 




Seseorang hanya akan menguruskan nyawa dan masanya dengan baik apabila mata hatinya terbuka. Pandangan mata hati adalah pandangan yang paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat di sebalik dunia yang singkat ini ada kehidupan akhirat yang kekal abadi. 

Mereka inilah orang yang mempunyai 'sense of the end' yang kuat, mampu memburu masa.

Sedangkan kebanyakan manusia hanyalah diburu oleh masa! 
Semoga kita menyesal ketika mati kerana tidak menjadi lebih baik, bukan menyesal kerana mata hati baru nak terjaga.


S.O.L.U.S.I.


Wallahu'alam.

2 expressions:

~PM~ said...

salam
Wow..interesting post. It brings me into it. tq

Meyda said...

waalaikumussalam,

Alhamdulillah, thank you..