Segmen mencari erti bahagia dari hati.. oleh Angah |
Bahagia adalah apabila hati mampu tersenyum di saat melewati setiap ranjau dan duri sepanjang liku-liku kehidupan ini. Perasaan yang benar-benar bahagia mampu dialami ketika penderitaan menjadi kekayaan. Bahagia adalah apabila dapat merasakan bahawa Allah s.w.t. Maha Mendengar… dan Maha Melihat… ketika kita memanjatkan doa dan memohon keampunan kepadaNya. Hidup untuk akhirat adalah bahagia. Hidup keranaNya adalah bahagia. Ini adalah kebahagiaan abadi yang kucari….iaitu di sisiNya.
Insan yang menaip nukilan ini masih ingat akan pernyataan bahawa satu peratus kasih sayang dari Tuhan yang Maha Esa adalah diturunkan ke dalam hati makhluk-makhlukNya. Daripada satu peratus itulah, seorang ibu sanggup menyabung nyawa untuk melahirkan anaknya… sanggup bersabar selama 9 bulan menjaga anak dalam kandungannya. Ini adalah kerana rasa bahagia atas nikmat Tuhan yang diberikan padanya. Mencari keredhaan ibu bapa juga adalah mencari keredhaan Tuhan yang menguasai segala isi langit dan bumi. Tidaklah seseorang itu merasakan indahnya kebahagiaan melainkan dengan izin Allah jua.
Bahagia atas penderitaan orang yang dianiayainya cumalah kebahagiaan sementara sahaja. Namun, orang yang dianiayai yang mampu memaafkan orang itu akan disayangi Ilahi dan memperolehi kebahagiaan pada akhirnya. Ingatkah kamu pada kalimat ini: ‘La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Maa3na. Jangan takut dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.’
Bahagia yang abadi... ialah bahagia di sisi Tuhan.
2 expressions:
saya tidak peduli bila anda tidak ingin dikenali, tapi saya kan peduli hasil tulisan anda selepas ini..
terjah..terjah.. manis jer ayat.. beralun indah.. gd luck tuk segmen angah..
terima kasih atas kunjungan anda... :)
Post a Comment