Tuesday, November 29, 2011

Jurnal #5




3 nikmat Allah s.w.t. kepada kita yang difikirkan sekarang:


1. Langit (penapis cahaya yang berbahaya, penyejuk pandangan dan banyak lagi..)
2. Cahaya matahari
3. Hujan.

Alhamdulillah...








Thursday, November 24, 2011

Jurnal #4

Taip dengan cepat sebelum sambung semula belajar. Jia you!


Tiga nikmat Allah s.w.t. yang difikirkan hari ini:

1. Tempat kediaman
2. Kerusi
3. Meja


Alhamdulillah....

Tuesday, November 22, 2011

Jurnal #3




Assalamualaikum dan salam sejahtera............ ;)

Hari nie nak buat slide presentation dan manuskrip jurnal. Rasa malas2.... Tapi kena lawan. Mesti lawan. Jia you!

Tiga nikmat Tuhan yang Maha Esa bagi kita yang dapat difikirkan hari ini:

1. Ilmu pengetahuan
2. Alat untuk menaip (komputer)
3. Internet.

Yes, internet. Harap2 saya dapat gunakan ke arah yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain, bukannya ke arah yang hiburan yang sia-sia sahaja.





Sunday, November 20, 2011

Jurnal #2






Kawan-kawan.... Mari belajar untuk bersyukur. Tanamkan aura positif dalam hidup.

3 nikmat Allah s.w.t. yang dapat difikirkan pada hari ini:


1. Penglihatan
2. Pendengaran
3. Akal fikiran.



Alhamdulillah.






Friday, November 18, 2011

Jurnal #1



Alhamdulillah syukur, nikmat. Malaysia maju rakyat selamat.

Apa? Tak cukup bersyukur?


Jurnal harian:

Tiga nikmat Allah kepada saya pada hari ini

1. Udara.
2. Sarapan pagi.
3. Kesihatan.


Alhamdulillah...



Wednesday, October 5, 2011

It's been a while

Assalamualaikum...


Dah lama blog nie tak diusik.. :)



Bersihkan hati.


"Saya selalu berasa kagum dan iri setiap kali melihat seseorang yang tidak pernah berburuk sangka kepada orang lain. Jika ia orang awam, maka ia lebih saya sukai daripada golongan terpelajar yang fikirannya penuh dengan buruk sangka kepada orang lain. Sebab orang seperti ini tentulah memiliki hati yang sangat bersih. Ia tidak akan mampu menjaga sangkaan baik sebelum memiliki hati dan jiwa yang bersih daripada sifat-sifat tercela.

Selain menikmati kejayaan dunia, ia akan mudah melalui hisab di akhirat nanti. Ini kerana Allah tidak akan menghukum seseorang kerana telah berbaik sangka, namun Allah akan menghisab dan menghukumnya kerana buruk sangkanya terhadap orang lain.

Wallahu a'lam."

-Umar Muhammad Noor



Saya setuju dengan pendapat beliau. Sucikan hati, hidup yang biasa akan lebih indah, ujian yang getir akan terasa lebih ringan, dengan izin Allah, dapat pula membuka pintu ilmu dan pintu kejayaan kerana orang yang berfikiran positif akan bersedia untuk mendengar walaupun orang itu berbeza pendapat dengannya.



Wednesday, August 3, 2011

Memuji dan dipuji - Siapa Tahu Nilaian Allah

Hadith:


Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a. katanya: "Seorang lelaki memjui orang lain berhampiran Nabi s.a.w., lalu Nabi s.a.w. berkata kepadanya: "Celaka kamu. Beerti kamu memenggal leher saudaramu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.) "Apabila seseorang memuji yang lebih berhak nilaiannya selain Allah Ta'ala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu."
(H.R. Muslim)

(Sumber: JAKIM)






Di antara fenomena umum yang kita temui dalam kehidupan harian, adalah fenomena pujian.


Secara kasarnya, pujian dapat diklasifikasikan dalam tiga bentuk:


  1. Pujian yang diucapkan untuk menjilat (bodek)
  2. Pujian yang sifatnya hanya basi-basi belaka
  3. serta pujian yang diucapkan sebagai kekaguman.




Apabila pujian itu disingkapi secara sihat dan proportional, pujian boleh menjadi perkara positif yang dapat memotivasikan kita agar terus meningkatkan diri.


Namun, kenyataannya, pujian lebih sering membuat kita lupa diri, berasa bangga, riak dan sebagainya.


Padahal Allah Subhanaahu Wa Ta'ala (s.w.t) mengingatkan dalam firmanNya:




فلا تُزَكّوا أنفسكم، هو أعلم بمن اتقى.


"Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.” (Q.S. Al-Najm: 32)





Agar dapat menyingkapi puji yang diberikan kita secara sihat, Nabi S.A.W. telah memberikan tiga langkah untuk diteladani:




Pertama


Selalu menjaga diri supaya tidak sampai terbuai oleh pujian yang dikatakan orang. Oleh kerana itu, setiap kali ada yang memuji baginda, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam (S.A.W) membalasnya dengan doa:
اللهم لاتؤاخذني بما يقولون
“Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku karena apa yang dikatakan oleh orang-orang itu.” 
(HR. Al-Bukhari)

Melalui doa ini, Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan bahawa pujian adalah perkataan orang lain yang ber'potensi' menjatuhkan kita. Ibaratnya, orang lain yang mengupas nangka, tapi kita yang kena getahnya. Orang lain yang melontarkan ucapan, tapi malah kita yang terjerumus menjadi besar kepala dan hilang kawalan. Nauzubillah...


Kedua



Sentiasa sedar hakikat pujian sebagai topeng dari sisi gelap kita yang tidak diketahui orang lain. Kerana sebenarnya, setiap manusia pasti memiliki sisi gelap. Dan ketika ada seseorang yang memuji kita, maka itu lebih kerana faktor ketidaktahuan dia akan' belang' serta sisi gelap kita.

Oleh sebab itu, langkah Nabi S.A.W dalam menanggapi pujian adalah dengan berdoa:



واغفرلي ما لايعلمون
“Dan ampunilah aku dari apa yang tidak mereka ketahui (dari diriku)”. 
(HR. Al-Bukhari)


Ketiga



Kalaupun sisi baik yang dikatakan orang lain tentang kita adalah benar, Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan kita agar memohon kepada Allah S.W.T untuk dijadikan lebih baik dari apa yang nampak di mata orang lain. Maka kalau mendengar pujian seperti ini, Nabi S.A.W kemudian berdoa:

واجعلْني خيرا ممّا يظنّون
“Dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka kira”. 
(HR. Al-Bukhari)




Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan seharian beliau juga memberikan contoh, bagaimana memberi pujian yang baik.


Ada beberapa teladan yang dapat diambil contoh dari kehidupan Nabi S.A.W., iaitu di antaranya:




Pertama


 Nabi S.A.W. tidak memuji di hadapan orang yang bersangkutan (yang ingin dipuji) secara langsung, tapi di depan orang-orang lain dengan tujuan memberi motivasi mereka.

Contohnya,suatu hari, seorang Badwi yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahwa Islam adalah shalat lima waktu, puasa, dan zakat. Maka orang Badwi itupun berjanji untuk menjalankan ketiga-tiganya dengan konsisten, tanpa menambahi atau menguranginya.

Setelah si Badwi pergi, Nabi S.A.W memujinya di hadapan para sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melaksanakan janjinya tadi.” Setelah itu beliau menambahi, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni surga, maka lihatlah orang (Badwi) tadi.” 



(HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari Thalhah ra.)

Kedua



Nabi S.A.W. lebih sering melontarkan pujian dalan bentuk doa.

Contohnya,ketika melihat minat dan ketekunan Ibn Abbas R.A dalam mendalami tafsir Al-Qur’an, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tidak serta merta memujinya. Beliau lebih memilih untuk mendoakan Ibn Abbas radhiyallahu 'anhu (r.a.):


اللهم فقّهْه في الدين وعلّمْه التأويل
“Ya Allah, jadikanlah dia ahli dalam ilmu agama dan ajarilah dia ilmu tafsir (Al-Qur’an).” 
(HR. Al-Hakim, dari Sa’id bin Jubair)



Contoh lain, sewaktu Nabi S.A.W. melihat ketekunan Abu Hurairah R.A dalam mengumpulkan hadith dan menghafalnya, beliau lantas berdoa agar Abu Hurairah R.A dikurniakan kemampuan untuk tidak lupa apa yang pernah dihafalnya. Doa inilah yang kemudian dikabulkan oleh Allah S.W.T dan menjadikan Abu Hurairah R.A sebagai sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith.

Pujian yang dilontarkan orang lain terhadap diri kita, merupakan salah satu tentangan berat yang dapat merosak keperibadian kita. Pujian dapat membunuh keperibadian seseorang, tanpa disedari. Oleh kerana itu, ketika seorang sahabat memuji sahabat yang lain secara langsung, Nabi S.A.W menegurnya:

قطعت عنق صاحبك
“Kamu telah memenggal leher temanmu.” 
(HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Bakar ra.)





Selari dengan hadith tersebut, Ali R.A berkata dalam ungkapan hikmahnya yang sangat masyhur, 


“Kalau ada yang memuji kamu di hadapanmu, akan lebih baik bila kamu melumuri mulutnya dengan debu, daripada kamu terbuai oleh pujiannya.”


Namun ketika pujian sudah menjadi fenomena umum di tengah-tengah masyarakat kita, maka amat mustahil kita 'melarang', 'menegah' mereka yang ingin memuji.

Apa yang paling penting adalah bagaimana menghadapi setiap pujian secara sihat agar tidak sampai lupa daratan dan hilang kawalan; menghargai setiap pujian hanya sebagai topeng dari sisi gelap kita yang tidak diketahui orang lain; serta terus berdoa kepada Allah S.W.T agar dijadikan lebih baik dari apa yang kelihatan di mata orang.




Walaupun perlu memuji seseorang, pujian boleh diberi secara sihat. Tambahan pula, memuji tidak semestinya melalui kata-kata, tapi lebih bererti bila diekspresikan melalui sokongan dan doa. Sehingga dengan demikian, kita tidak sampai menjerumuskan orang yang kita puji.




Dan sesungguhnya, kembalikanlah semua pujian kepada yang paling layak ke atas semua pujian, iaitu Allah S.W.T.












credit:


 Bengkel Roh
 shoair.deviantart.com

Thursday, July 7, 2011

Mutiara Kata - SABAR.







Sabar itu pahit rasanya akan tetapi akibatnya lebih manis dari madu. 



Bersabarlah wahai hati.
Bersabar pada segalanya yang menimpa diri ini, baik berat mahupun yang ringan.
Bersabarlah, wahai hati.



Saturday, June 18, 2011

Chess..... MASUM 2011

Assalamualaikum..

Catur di KOSASS 26-29 Jun 2011. I have to train my skills in a very very short period. I wish to finish my simple report, but... Ok, I'll try my best to do all jobs.



Yes, chess is a JOB now. I feel hurt every time I get involve with chess.  Since...
It's like putting a fine blade into my heart.
It's like getting a vaporized acid in my chest all the time.













However, I choose to face them. It's just because of LOVE.
God, only God can help me to face them.



................................

Wednesday, June 15, 2011

Erti Bahagia.

Segmen mencari erti bahagia dari hati.. oleh Angah 






Bahagia adalah apabila hati mampu tersenyum di saat melewati setiap ranjau dan duri sepanjang liku-liku kehidupan ini.  Perasaan yang benar-benar bahagia mampu dialami ketika penderitaan menjadi kekayaan. Bahagia adalah apabila dapat merasakan bahawa Allah s.w.t. Maha Mendengar… dan Maha Melihat… ketika kita memanjatkan doa dan memohon keampunan kepadaNya. Hidup untuk akhirat adalah bahagia. Hidup keranaNya adalah bahagia. Ini adalah kebahagiaan abadi yang kucari….iaitu di sisiNya.
Insan yang menaip nukilan ini masih ingat akan pernyataan bahawa satu peratus kasih sayang dari Tuhan yang Maha Esa adalah diturunkan ke dalam hati makhluk-makhlukNya. Daripada satu peratus itulah, seorang ibu sanggup menyabung nyawa untuk melahirkan anaknya… sanggup bersabar selama 9 bulan menjaga anak dalam kandungannya. Ini adalah kerana rasa bahagia atas nikmat Tuhan yang diberikan padanya. Mencari keredhaan ibu bapa juga adalah mencari keredhaan Tuhan yang menguasai segala isi langit dan bumi. Tidaklah seseorang itu merasakan indahnya kebahagiaan melainkan dengan izin Allah jua.
Bahagia atas penderitaan orang yang dianiayainya cumalah kebahagiaan sementara sahaja. Namun, orang yang dianiayai yang mampu memaafkan orang itu akan disayangi Ilahi dan memperolehi kebahagiaan pada akhirnya. Ingatkah kamu pada kalimat ini: ‘La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Maa3na. Jangan takut dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.’
Bahagia yang abadi... ialah bahagia di sisi Tuhan.









Lapar Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum wbt.




Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir r.a., dia berkata:

"Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu kamu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad s.a.w. hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"


Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya bahawa:

"Pada suatu ketika Umar r.a. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya."


Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah r.a. dia berkata:

"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya, 'Ya Rasulullah s.a.w! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis melihat beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban di hari akhirat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.'  (Kanzul Umal 4:41)


Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.h.a. dia berkata:

"Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah Rasulullah s.a.w. tidak pernah berasap.' Berkata Urwah r.a.: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab aisyah r.h.a: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah s.a.w. dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan.'" (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)



Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya:

"Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.h.a. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.h.a. menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah s.a.w. meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari.'" (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)


Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah r.a. katanya:

"Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah s.a.w. maka beliau pun memakannya. selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu.'" (At-Targhib Wat-Tarhib 5-149)


Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah r.a. katanya:

"Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan pada Rasulullah s.a.w. lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah s.a.w. pun mengangkat kainnya, lalu kami melihat perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)


Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.h.a dia berkata:

"Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada umat ini selepas pemergian Nabi s.a.w. ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelala syahwatnya!' (At-Targhib Wat-Tarhib 3: 420)


Sumber: Tazkirah iluvislam.com

About the author of At-Targhib Wat-Tarhib:

Abdu-l-Adhim bin Abdu-L-Qawi bin Abdullah al-Mundhiri, Zaki-u-Din, Abu Muhammad ash-Shafi, the Hadith Master, the researching scholar (Muhaqqiq), the Allamah and one of the masters in hadith, Arabic language and history. 
Born in Egypt in Syaaban 581H (of Syrian Origin) and died in the year 656H.





Muhasabah diri:

1. Saat kita merungut tidak cukup makanan atau tidak menghargai makanan yang kita dapat, ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah berasa kenyang 2 kali sehari oleh daging atau roti.

2. Percayalah, lapar mampu menguatkan hati dan menumbangkan syahwat...

3. Ingatlah, penghisaban yang berat pada hari akhirat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya dalam kehidupan dunia ini. 





Wednesday, May 25, 2011

Abaikan...

Abaikan resah,
Tinggalkan gelisah..
Jiwaku lari jauh.... ke tempat yang asing.






Mencari ketenangan dengan mencariMu..
Hmm...

Monday, May 9, 2011

Emotional and psychological T.R.A.U.M.A.

Oh..  agak berat juga lah topik entri kali nie. Demi memahami seseorang yang amat rapat dengan diri ini, plus if there are accidental readers in this blog who are seeking this topic, hopefully this will be a beneficial post (Manglish. Again. Sorry...).


  • upsetting emotions
  • frightening memories
  • feel helpless
  • sense of constant danger that you just can't kick
  • feel numb, disconnected
  • unable to trust another people.


Did you ever struggle some of the above experience? If you did, then you were most probably to have a psychological trauma. 

Define, what is psychological trauma?

Emotional and psychological trauma is the result of extraordinary stressful events that shatter your sense of security, making you feel helpless and vulnerable in a dangerous world. 



I'm not a specialist in this topic though.. You can read, know, learn, or understand further in trusted nonprofitable resource here.

My focus now is to emphasize the seriousness of traumatic experiences here. When the trauma you experienced is so overwhelming that you  find that you can't move on, or never feel normal again, then you may be suffering from post-traumatic stress disorder (PSTD).


Symtoms...

Depression, hopeless, feeling alienated and alone, suicidal thoughts and feelings, 
physical aches and pains, 
lost of interest in activities and life in general, 
nightmares, 
avoiding places, activities, thoughts and feelings that remind you the trauma,
and limited sense of future (tak expect pun nak berkerja, kahwin, atau hidup macam orang normal, senang citer... tak fikir masa depan dah. :|   )

Treatment? Therapy.

For muslims..... dzikrullah (read: remembering Allah), hear what God wants to tell you (through reading and understand Quran), pray (because Allah always listens, while His creations maybe listen, maybe don't care though) are sufficiently good therapy approaches



InsyaAllah, the close person will recover the traumatic experience as time passes. 

Who is the 'close person'? May be a male or female, maybe me. 

Saturday, May 7, 2011

Surfing about Jiaogulan. Well, what on earth is Jiaogulan?

Assalamualaikum warahmatullah..

Panjangnya tajuk entri  nie. Okies, mari kita menjadi nerd sebentar yea. I LOVE research!! ♥


Ok. Let's flash this discussion.



What on earth (in earth? Never mind.) is Jiaogulan? 


Jiaogulan - this name comes from China, which often represents a herbal tea supplied from a perennial creeping plant named Gynostemma pentaphyllum Makino, scientifically.

Sorry, I'm using Manglish now. Mm.. Teh nie possesses antioxidant and anti-carcinogenic (maknanya, anti-penyebab kanser), popular kat Europe & Northern America untuk turunkan level kolesterol. In the market, there are two taste variants available, which are sweet and bitter.

This is just 5-minute research here. Kalau 1 jam, berapa jam leh dapat jurnal berkaitan? 12 jam? 1 minggu?   Sebulan? Boleh dapat 1 chapter of literature review. This is the interesting part within the research today.


Tenet ada, gunalah dengan bijak. Nasihat buat diri sendiri, accidental readers, dan juga researchers & scientists.

*credit to ScienceDirect.com.


Good night,
Assalamualaikum.

Friday, May 6, 2011

Mengurus Nyawa.

Assalamualaikum warahmatullah...




Preface.





'Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.'


Setiap orang ada masalah/konflik atau musibah yang dihadapi. Tidak terkecuali juga diri ini... Ada yang sedang bersedih, menderita.. ada yang bergembira, bersuka ria, dan ada juga yang neutral pada masa ini. Semua itu adalah ujian hidup, bagaimana kita bertindak apabila menerima ujian tersebut. 

Mengeluh, bersangka buruk, berdendam, memberi alasan untuk tidak menyelesaikan masalah... elakkan berbuat begini. Tiada manfaat melainkan hati dalam dada semakin 'sakit' dan buta. 

Demi mengurus nyawa, saya juga sedang berusaha memperbaiki diri, bermuhasabah diri, kurangkan mengeluh, elakkan berdendam... Ingat Tuhan yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam, dengan lebih kerap...





'Hanya di mata hati, hitam ataupun putih'. 




Seseorang hanya akan menguruskan nyawa dan masanya dengan baik apabila mata hatinya terbuka. Pandangan mata hati adalah pandangan yang paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat di sebalik dunia yang singkat ini ada kehidupan akhirat yang kekal abadi. 

Mereka inilah orang yang mempunyai 'sense of the end' yang kuat, mampu memburu masa.

Sedangkan kebanyakan manusia hanyalah diburu oleh masa! 
Semoga kita menyesal ketika mati kerana tidak menjadi lebih baik, bukan menyesal kerana mata hati baru nak terjaga.


S.O.L.U.S.I.


Wallahu'alam.

Friday, April 29, 2011

Reactive Material Balance.



Input + Generation = Output + Consumption + Accumulation.

in terms of molar, nor in mass neither in weight fraction, also not in terms of goreng pisang. 
Dilarang menggoreng ketika menganalisis. 

How to cook make Palm Oil-Based Lubricant:

POME + TMP <--> ME + Methanol
ME + POME <--> DE + Methanol
DE + POME <--> TE + Methanol

Lubricant = ME+DE+TE.

TE generated = ?????????? Serabut2...


Answer, choose one:

a) ade aku kesah?
b) mane leh... tak siap nanti.. nie jawapannya: TE generated = DE consumed.
                                                                      DE accumulated = DE generated - DE consumed.
                                                                      DE generated =?? DE accumulated =???

c) o<-<
    ~~~~
                                                                      
p.s: Never ever give up.
p.s.s: Say to yourself, 'how can I...' instead of 'I can't..'




Sunday, April 10, 2011

The Inventors.. wonder how they think? (part II)


Salam, 

I'm trying my best to write this post in a proper way (plus without mixing with Bahasa words, ..). You can view the part 1 of this post here. I hope this will be useful for those who want to become a successful inventor.


Credit to Reader's Digest (August, 2009). 



So, five ways to think like the inventors:


1. They constantly ask, "What if?"

Ok, this is a sort of the if-else statement in html coding too (hmm...is it a clear example?). The nature of asking "what if?" restlessly is the root of the impulse to invent something new. It's about living a life of curiosity, just like a child before sleep, forever tinkering.


2. They delight in process. 

Every step to find and discover something is a eureka moment. This attitude will helps you to have a supreme ability to delay gratification (pleasure/ satisfaction) as inventions may take years to come to fruition. 


3. They see the world as a child does.

Katie Bell, who was on the winning design team with Sakaguchi, said that the most creative inventors retain a sense of childlike wonder about the world around them. 

Let's say you are given a pot and a spoon. What you may think? Most of you may think of cooking but he kid may see a musical instrument, banging on the pot just want to hear what sound will come out. Believe it or not, the kid acts just like what inventors do. <--Toronto's Mark Ellwood (former head of the Inventors' Alliance in Canada) gave this example. 


4. They are dreamers. 

Feeling headache where on earth you will find the creative thinking in yourself? Don't worry, it's not necessary (says psychology researcher, Robert Epstein, a visiting scholar at the University of California, San Diego). He said that many of us have thought up fascinating and potentially quite marketable ideas, but the inventors are risk takers

At some point, we're told to stop daydreaming. In contrast, inventors never stop, they even pay close attention to their dreams..say them aloud and act on them. 


5. They aren't easily encouraged. 

When the rejection is common to inventors, they have the ability to persevere. 

"Remember the parable of the fleas in the jar. These fleas will start to jump, hit the jar lid. As the time passes, they'll still jump, but not as high, knowing they can't escape. Eventually, when you remove the lid, the fleas will not jump as high as possible to escape because they are already trapped by their own sense of confinement."
-Rob Walker, who was working in marketing for an aerospace company. 

Any inventor is not a flea in the jar, right?


Hence, to become a successful inventor, it's always advisable not to put limitations on yourself or let your surroundings limit you. 



:)
Next post may be after my presentation to my supervisor!




Wednesday, March 23, 2011

Applied HAZOP Study Workshop & Remember-Forget





LEtih, tapi berbaloi... untuk sesiapa yang related dengan process safety, HAZOP study memang tersangatlah penting.... Pastikan redundancy system untuk sesuatu equipment tu lengkap dengan mengambil kira semua kemungkinan HAZARD yang akan berlaku. Masih ingat peristiwa letupan reaktor2 nuklear di Fukushima Daiichi? Baca di sini dan sini.

Pastinya saya mahu aplikasikan ilmu yang saya dapat di bengkel tu dalam projek saye seterusnya. :)





Remember-Forget Quote

Teringat quote dari tmblr seseorang:



We always forget what we should remember and remember what we should forget.


Huh.. Memang betul pun.


Semoga Tuhan berikan diri ini kekuatan, ketenangan dan kebijaksanaan dalam menempuh kehidupan di dunia nie. Tiada daya dan upaya melainkan dari Allah s.w.t.

.........memujuk hati ini, saya selalu berkata dalam hati - percaya dan yakin, dunia nie hanyalah sementara..


Saturday, March 19, 2011

The Inventors... wonder how they think?




Since I'm in love with the research field, I would like to know, understand and share with you in this blog bout how the inventors think. Do you ever wonder what sparks d imagination and turns the gears in the mind of them? Do you ever ever wonder?? Do you?


To invent, you need two things: "A good imagination and a pile of junk." - Thomas Edison.

A pile of JUNK? Yes, for the inventor's inner workings, you essentially need to be inspired by your nearly-crash, a desire to do good and the challenge of solving a problem.



Here are five ways that inventors think (taken from Reader's Digest, August 2009):

1. They constantly ask, "What if?"

2. The delight in process.

3.They see the world as a child does.

4. They are dreamers.

5. They aren't easily discouraged.


- - to be updated soon - -


Sunday, March 13, 2011

Don't Forget


Ini merupakan nasihat ringkas tapi amat bermakna, supaya selalu bermuhasabah diri (jangan lupa diri). ~daripada Umar Al-Khattab (r.a.)







Friday, March 11, 2011

Mata itu panglima hati.


Nasihat daripada Imam Al-Ghazali,

"Mata adalah panglima hati. Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya dipicu oleh pandangan mata. Oleh sebab itu, hendaklah mata dibawa melihat hal-hal yang baik. Bila dibiarkan mata memandang yang dibenci dan dilarang, maka pemiliknya berada di tepi jurang bahaya."






Thursday, March 10, 2011

Panduan tidak sombong

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)kepada manusia,dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri." (Luqman, ayat 18)




Beberapa panduan daripada Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui...

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat akan kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.






-Jernihkan hati, bersihkan jiwa-


Meyda

Thursday, March 3, 2011

Smile and Silence

Huu... Presentation semalam, memang saya senyum je sepanjang masa. Sebab langsung tak bersedia. At least, sekarang dah tahu macam mane nak prepare slide untuk projek simulation... :)
Plus, my supervisor surprisingly didn't mad at all??


Moral of the story:

1. Siapkan kerja awal2, jangan tangguh2.
2. Yakin pada diri sendiri. Convince the audience??? <--sila baca tanpa tanda soal. :p

3. Alihkan semua masalah yang melanda jiwa/dalam kepala, fokus sepenuhnya pada kerja semasa a.k.a presentation.. <-- .......



Mm... saya terjumpa satu Quote yang menarik dari FB. (FB sekarang banyak mempengaruhi gaya hidup orang ramai, termasuk diri sendiri. Tanya diri sendiri, berapa jam sehari mengadap FACEBOOK?)





Silence and Smile are two powerful tools. Smile is the way to solve many problems & Silence is the way to avoid many problems...




Meyda

Monday, February 28, 2011

Monday Blues



Rasa lemau macam kambing biri-biri di atas. Oh.. Takkan nak layan mood macam nie setiap Isnin?? Ok, ok. Apa kata naikkan mood ceria dengan target/impian untuk dicapai dalam minggu nie.



pop your small goals/dreams into a wishing jar


Ini target saya (tanda * untuk urgent):

  • Semoga saya dapat menyiapkan proposal (personal due date: this sunday). *
  • Semoga saya siapkan slide untuk presentation Selasa nie. *
  • Moving out, moving in.
  • wish I will be able to clear my head, stable my heart and focus better this week!


Meyda

Thursday, February 17, 2011

Belajar, Berazam, Berbakti.


Ini adalah slogan Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.
Teringat Puan Ainon, Encik Anizam, Encik Khairulnizam, Puan Mariamah, dan lain2.

Teringat tempat bermain, berlari, masuk pertandingan macam2. Walaupun banyak yang saya kalah, 1-2 pertandingan ada juga yang sangkut.. :)

Sentiasa percaya, jangan putus asa kerana dengan usaha tanpa putus asa, diiringi doa, dan tawakal, akhirnya pasti akan berjaya, dengan izin Allah.


Jadi, motto saya pada tahun ini,

Belajar, Berazam, Berbakti.




Meyda

Saturday, February 12, 2011

Journal, Journal, Journals.

--------------------------------------------------------

A little bit of regret to start fractionation.. late at 3 PM.


This evening, I'll go out with my family. :)

I'm broke.


Out of topic? Ok, ok. I need to read journals about process intensification. What on earth is process intensification?


Improving myself (part 1)

At first, forgive my broken english but still, I want to write in English to train myself to write fluently. I'm quite shy to write in Bahasa because of melancholic or jiwang words that would appear and I rather put it in my hidden diary.

My soul need to be cured heavily with zikir and Quran and do'a. Only by doing this way, I will feel calm, cured and have patience. Songs, spending time with friends, get busy.. these didn't really solve the calamity inside me.

Plus, I really wanna change my life. Some people said, just be yourself. Well, this is myself, who always want to improve herself, especially what's inside her mind and her heart. To world, I'm nobody and I feel comfortable of it...because maybe I'm better just to be an observer.


Targets of these 2 months to be achieved, InsyaAllah.


1. wanna loss some weight, at the same time get physically active.


2. complete a proposal of desired research route.
Actually, I wanted to complete this within this week. Hmm... wasted too much time.
In order to recover this, I'll stop playing cityville (the only online game I played currently),
and also allow myself to surf facebook only for 1 hour, at night (terribly addicted. Sigh.)



ok, that's sufficiently enough. Get focused.


p/s: Bonsai... slowly died after somebody hang the washed clothes at the top of them. Very clever. I think it's my fault to place them there.




Meyda

Wednesday, February 9, 2011

A Change.





... found this quote from Sumayyah's blog via Islamic-Quotes. :) Hopefully this inspires me a lot to change.




Thursday, February 3, 2011

When I'm alone.

Menu untuk bukak puasa hari nie:


Bubur ayam (modified), nasi goreng ayam (+smbal aym merah + sos thai), epal 3 biji, susu low fat + bijirin...


Pergh... Melantak ke? Macam x habis je...
Jap.. minum susu atau teh? Baik buat sekarang, dah nak azan maghrib dah nie.
Semuanya dalam kuantiti sikit drpd yang dibayangkan. Kecuali epal.

...and I'm alone without room mate now. Kalau tak, leh kita kongsi, room mate.


p/s: dah makan banyak, rajin2 buat kerja mida. Ok!
p/s/s: Malam jumaat... "When you want God to talk to you, read Quran."




Meyda

Tuesday, January 25, 2011

My current progress? .....


....Hilang.
Mode gila2: dah lama dah off sejak April tahun lepas.
Mode serius: in progress...

Ok, teruk habis kot xde progress nie... Hmm....

Pergi lah depan supervisor. "dr., saya xde idea." Confirm lah kena marah teruk2... Huhu..

Pergilah Pulau Kapas ke, Bukit Broga ke... Universal Studio ke... Gunung Kinabalu ke...

Kalau x bangkit2 juga semangat dari dalam diri sendiri, x jalan juge.

'Makan dalam?'

Ada yang menganggap hidup ini hanyalah lawak jenaka. Ada juga yang rasa sebaliknya.
Bagi diri ini, hidup ini hanyalah mimpi sebelum menghadapi realiti saat kita terjaga dari tidur nanti.


Jangan putus asa, Hamidah... Bermohon pada Tuhan agar ditenangkan jiwa, dikuatkan semangat, diberikan kekuatan, kebijaksanaan untuk menempuh liku-liku kehidupan di dunia ini.


Ingatlah, diri ini masih ada tanggungjawab berkaitan dengan orang lain yang perlu dibuat juge.




Meyda